Monday, January 17, 2011

Tanya HATI.. Dekat atau jauh...


Hidup ini umpama roda,
Adakalanya kita berjaya,
Adakalanya kita kecewa,
Adakalanya suka,
Adakalanya duka,
Adakalanya kita bahagia,
Adakalanya kita derita,
Ingatlah rakanku, setiap yang berlaku di dunia,
Pasti ada rahsia dan hikmahnya,
Yang pasti usah kita lupa,
Tingkatkan semangat dan teruskan berusaha,
Agar kejayaan ini milik kita
Hidup ini umpama sebuah lautan,
Bagaikan istana yang diimpikan,
Bahkan seperti jutawan yang punya ramai karyawan,
Yang pasti akan tiba hujungnya
Kita lalui kehidupan ini penuh rintangan.
Juga penuh dugaan serta cabaran,
Usahakan diri mencapai kecemerlangan,
Untuk mengapai impian,
Juga untuk menikmati udara yang percuma Tuhan berikan,
Agar diri lebih matang dan tidak lupakan Tuhan
Kehidupan suatu takdir dan ketentuan,
Kita sebagai makluk-Nya yang harus mencorakkan,
Hidup ini hanya tumpangan,
Akhirat yang pasti kekal kita diketemukan,
Dosa, pahala yang membezakan,
Amal manusia yang telah kita lakukan,
Jadi, tanya hati?
itukah soalan,
Ya benar, itu soalan yang memerlukan jawapan,
Baik atau buruk hanya kita yang mampu laksanakan dan jauhkan.
Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan,
Agar diri ini sentiasa dekat dengan Tuhan.
ingat TUHAN ITU DEKAT..


Friday, January 7, 2011

IBU!!!

Ibu... seorg insan yg cukup mulia..
ptg tadi sy menonton sebuah cerekarama tentang kasih seorang ibu terhadap anak2nya...
cerita itu bertajuk DUNIA BATINKU di tv3..
cerita ini amat menyentuh perasaan dan pd pandgan sy bnyk memberi pengajaran...
cerita ini bnyk menyedarkan kpd diri ana ttg bertapa besarnya kasih sorg ibu...
ibu sanggup melakukan apa shj untk anak2 agar anak2 dapat hidup dgn selesa...
masya-allah.. hebatnya kasih seorang ibu...

Oleh itu, 
wahai anak2 sekalian.. marilah kita berbakti kepada ibu kita dgn penuh keikhlasan..
sesungguhnya amat bahagia hati seorang ibu apabila melihat ank mereka berbakti kpd mereka dgn 
penuh keikhlasan....

wahai anak2 sekalian.. marilah kita sama2 membahagiakan hati ibu kita..
hadiahkan kepada mereka dgn kejayaan yg cemerlang..
sblm mencapai kejyaan cemelang kita hendaklah belajar dgn penuh kesungguhan...
Jgn kita biarkan air mata yg mengalir drp ibu kita kerana kegagalan kita tetapi biarlah 
air mata yg mengalir itu krn kecermelangan kita..
Insya-Allah...

sesungguhnya ALLAH menolong hambanya yang menolong dirinya sendiri..

Ingatlah wahai sahabat2 sekalian...

Apabila mata seorang ibu tertutup buat selamanya, maka seorang anak itu akan 
hilang satu keberkatan iaitu DOA SEORANG IBU...

Oleh itu..
Berbuat baiklah kepada ibu kita agar ibu kita sentiasa mendoakan kebaikan utk kita..
INSYA-ALLAH...


ingatlah... TUHAN ITU DEKAT....

 

Tuesday, January 4, 2011

Buruk Makan

Antara tabiat buruk atau sifat mazmumah yang perlu kita jauhi ialah tabiat makan atau syarhu al-ta'am.
tabiat buruk makan menurut islam ialah makan terlau bnyk, terlalu kenyang, makan melebihi keperluan dan membazir serta makan tanpa mengira halal dan haram.

Kenapa ye tabiat makan nie dianggap sebagai tabiat mazmumah????
makanan dan pemakanan sangat memberi kesan terhadap sikap dan tingkahlaku kita.
makanan sebenarnya memberikan tenaga kepada kita sama ada tenaga fizikal atau mental TETAPI jika tabiat pemakanan tidak dikawal buruk natijahnya.

NAFSU bermula daripada pemakanan. bnyk makan menyebabkan nafsu dan keinginan bertambah kuat. keadaan ini mendorong seseorang mengikut hawa nafsunya dan nafsu sering mendorong ke arah perkara yang keji dan mungkar. tabiat makan yang buruk juga menyebabkan hati menjadi keras, apatah lagi sekiranya tidak mengambil kira makanan yang halal atau yang haram...

OLEH SEBAB ITU, ISLAM mewajibkan puasa Ramadhan dabn disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana ia dapat MENGAWAL NAFSU DAN MENDIDIK HATI...
apabila hati baik maka segala tindakan yang dilakukan juga insya-Allah akan baik...


Sabda Rasulullah SAW:
"tidak ada suatu amalan yang amat disukai Alllah SWT selain lapar dan dahaga". Sabdanya lagi:
"penghulu segala amalan ialah lapar dan merendah diri". 


Menjaga diri drp tabiat mkn yang buruk dengan berlapar (puasa) merupkan ibadah yang besar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah:

"Berfikir merupakan separuh daripada ibadah dan menyedikitkan makanan juga merupakan satu ibadah"


Orang yang membiasakan dirinya berlapar mendapat kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH manakala orang yang kuat makan dan minumnya dimurkai ALLAH.
Sabda Rasulullah:

" Orang yang paling utama di kalangan kamu ialah orang yang lebih panjang berlapar dan berfikir. Orang yang dibenci oleh Allah di kalangan kamu ialah orang yang banyak minum, banyak makan dan banyak tidur".


Kebaikan Tabiat Pemakanan yang baik:
1. hati ringan utk beribadat kpd Allah
2. mental sihat dan cergas
3.kurang mengantuk
4.krg dorongan lakukan dosa n maksiat
5. tanam sifat belas kasihan terhadap orang miskin
6. bentuk sifat tawaduk.

Marilah kita sama2 mengawal pemakanan kita. Semoga kita semua mendapat keredhaan ALLAH..


ingat TUHAN ITU DEKAT....







Ahlan Wasahlan

Alhamdulillah.. akhirnya tercapai juga hasrat sy untuk ada blog sendiri.
Sy harap blog ini membolehkan saya untuk berkongsi ilmu dengan sahabat2 semuanya.

Semoga kedatangan saya ke dalam dunia blog ini dapat memeriahkan lagi perkongsian ilmu
di samping kita sama2 saling ingat mengingati antara satu sama lain disamping memuhasabah diri 
ke arah yang lebih baik... Insya-Allah
Semoga Allah meredhai segala kerja buat kita.. AMIN