Tuesday, January 4, 2011

Buruk Makan

Antara tabiat buruk atau sifat mazmumah yang perlu kita jauhi ialah tabiat makan atau syarhu al-ta'am.
tabiat buruk makan menurut islam ialah makan terlau bnyk, terlalu kenyang, makan melebihi keperluan dan membazir serta makan tanpa mengira halal dan haram.

Kenapa ye tabiat makan nie dianggap sebagai tabiat mazmumah????
makanan dan pemakanan sangat memberi kesan terhadap sikap dan tingkahlaku kita.
makanan sebenarnya memberikan tenaga kepada kita sama ada tenaga fizikal atau mental TETAPI jika tabiat pemakanan tidak dikawal buruk natijahnya.

NAFSU bermula daripada pemakanan. bnyk makan menyebabkan nafsu dan keinginan bertambah kuat. keadaan ini mendorong seseorang mengikut hawa nafsunya dan nafsu sering mendorong ke arah perkara yang keji dan mungkar. tabiat makan yang buruk juga menyebabkan hati menjadi keras, apatah lagi sekiranya tidak mengambil kira makanan yang halal atau yang haram...

OLEH SEBAB ITU, ISLAM mewajibkan puasa Ramadhan dabn disunatkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana ia dapat MENGAWAL NAFSU DAN MENDIDIK HATI...
apabila hati baik maka segala tindakan yang dilakukan juga insya-Allah akan baik...


Sabda Rasulullah SAW:
"tidak ada suatu amalan yang amat disukai Alllah SWT selain lapar dan dahaga". Sabdanya lagi:
"penghulu segala amalan ialah lapar dan merendah diri". 


Menjaga diri drp tabiat mkn yang buruk dengan berlapar (puasa) merupkan ibadah yang besar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah:

"Berfikir merupakan separuh daripada ibadah dan menyedikitkan makanan juga merupakan satu ibadah"


Orang yang membiasakan dirinya berlapar mendapat kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH manakala orang yang kuat makan dan minumnya dimurkai ALLAH.
Sabda Rasulullah:

" Orang yang paling utama di kalangan kamu ialah orang yang lebih panjang berlapar dan berfikir. Orang yang dibenci oleh Allah di kalangan kamu ialah orang yang banyak minum, banyak makan dan banyak tidur".


Kebaikan Tabiat Pemakanan yang baik:
1. hati ringan utk beribadat kpd Allah
2. mental sihat dan cergas
3.kurang mengantuk
4.krg dorongan lakukan dosa n maksiat
5. tanam sifat belas kasihan terhadap orang miskin
6. bentuk sifat tawaduk.

Marilah kita sama2 mengawal pemakanan kita. Semoga kita semua mendapat keredhaan ALLAH..


ingat TUHAN ITU DEKAT....







2 comments:

  1. Salam dik..
    Entry yg bagus...
    Tekak rase nak makan..
    Tapi, perut plak masih kenyang..
    Sunnah Rasulullah..
    Berhenti makan sebelum kenyang..~
    ~ur senior~

    ReplyDelete
  2. salam...
    slmt m'yrtai dunia blogging...
    jd kn blog ni sbgai medan dakwah...

    ReplyDelete