Wednesday, September 21, 2011

Bumi Anbiya' Jordan

Bismillahirahmanirahim
In the name of Allah
the most gracious and the most merciful

Allahuakhbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar
Alhamdulillah segala puji bagi Allah sekalian alam..

Masa berlalu dgn amat pantas..
sudah 2 minggu diriku menjejak kaki di bumi anbiya' Jordan..
Alhamdulillah kerana aku diberi kesempatan menjejakkan kaki di bumi yang penuh barakah..

Rindunya kat mak, ayah, angah, abg chik, atih dan adik..
sesungguhnya rindu itu ialah anugerah drp Allah..
Namun perjuangan perlu diteruskan...

mak, atih, angah, ayah dan adik
abg chik


Alhamdulillah... mujur ada Weinak kat sini..
2 dinar blh call Msia utk tmpoh 40 minit..
cara utk lepaskan rindu kat family..

7/9/2011
di KLIA.. saat aku berpisah untuk tempoh yg lama dengan keluarga yg TERSAYANG..

along belajar molek2, jaga diri, jaga kesihatan
belajar kerana Allah untuk Islam... 
buktikan orang Islam hebat...

inilah pesanan daripada mak n ayah...
inshaAllah along akan sentiasa ingat pesanan mak n ayah..
doakan Along berjaya mencari ilmu dunia dan ilmu akhirat di bumi anbiya ini..
berat jgk rasanya meninggalkan keluarga untk tempoh yg lama..
tapi ayah kata,
"5 tahun tu sekejap je"...
tiap-tiap tahun boleh balik..

terbang lah daku ke bumi anbiya pd pkul 10.30 malam
dgn kapal terbang royal Jordanian... layanannya sngt baik..

8/9/2011

tibalah daku di bumi yang penuh berkat pada pukul 5.15 pg..
aku dan kawan2 disambut dgn mesra oleh akak2..

my luggage


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhmadulillah..
semuanya berjalan lancar...

Aku dan sahabat bertolak dr airport di Amman menuju ke Irbid.
Sakan Sahawneh mnjadi tmpt utk kami bermastautin...
sewanya sbln 85 dinar.. kalu dlm ringgit kali plk dgn 4.3...

bas untuk ke Irbid dari Amman

tempatku bermastautin

sekitar Sakan Sahawneh



18/9/2011

bermulalah kehidupanku sbg sorg pelajar di JUST...
inilah rutin harianku di JUST

First Semester 2011-2012

Line number
Course code
Section
Course Title
No. of hours
Days
Time
Room
801011
ARB101A
5
FUNDAMENTALS OF ARAB-IC LANG. FOR NON-ARABS
3
Mon Wed
12:45** 2:15
C3016
811111
ENG111A
21
ENGLISH LANGUAGE(1)
3
Mon Wed
3:45** 5:15
M2202
821000
HSS100
3
CULTURE AND UNIVERSITY BEHAVIOR
1
Thu
3:15** 4:15
SCIENCE HALL2
911031
CHEM103A
9
GENERAL CHEMISTRY
3
Sun Tue Thu
4:15** 5:15
P2102
931030
BIO103
3
GENERAL BIOLOGY
3
Sun Tue Thu
1:15** 2:15
SCIENCE HALL1
931070
BIO107
46
GENERAL BIOLOGY (PRACTICAL)
1
Wed
10:15**12:15
LAB 2 (PH1 L0)

Ya Allah... lapangkan dadaku dan permudahkan urusanku dalam menimba ilmu dunia dan ilmu akhirat disini..
Doakan kejayaanku dan sahabat di sini...

Seminggu di JUST bnyk menjadikan aku lebih berdikari..
Perjalanan masih panjang dan pelbagai cabaran bakal kutempuhi...
Ya Allah permudahkan urusanku dan berilah kekuatan kpdku untuk menempuh hari yg mendatang...
sekitar JUST

rakan seperjuangan
tempatku menimba ilmu

Kenapa ujian ini seberat ini?????
" Allah tidak membebani sesseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannnya" (al-Baqarah ayat 289)

Bagaimana aku harus menghadapinya????
" jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang 
demikian itu sungguh berat, kecuali orang-orang yang khusyuk" (al-Baqarah ayat 45)

Apa yang aku dapat????
" sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka". (At-Taubah ayat 111)

Kepada siapa harus aku berharap????
"cukuplah Allah bagiku; tidak ada yang lain selain Dia. hanya kepadaNya aku bertawakal". (At-Taubah ayat 129)

Apakah aku mampu bertahan???
"dan jangnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" ( surah Yusuf ayat 87)

ini adalah motivasi untuk kita mengharungi cabaran dalam kehidupan dengan sebaik-baiknya...

masa zaman sek dulu, Cg Rokiah selalu pesan;  masalah itu cabaran untuk menjadikan diri kita lebih matang... InshaAllah...  Setiap cabaran pasti ada jalan keluarnya...  

Apa yang kita lakukan hanya kerana Allah...

Matlamat hidup yang utama adalah untuk mencapai KEREDHAAN ALLAH...


1 comment:

  1. semoga berjaya di bumi Jordan n thabat dlm penulisan...

    ReplyDelete