Friday, November 2, 2012

Perjalananku


Bismillahirahmanirahim
In the name of Allah
the most gracious and the most merciful

sudah lama tak update blog ni.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diizinkan untuk terus bernafas.

Post kali ni sekadar mencoret rasa hati  bergelar dental student 2nd year. Semakin bertambah tahun, cabarannya semakin bertambah. Subjek2 yang banyak dan bley tahan beratnya.

rakan seperjuangan

Examsss pulak berderet-deret. Kadang2 rasa mcm tak sempat nak lepaskan letih jawab exam, next examsss sdg menunggu.

Anatomy
the ugliest in medicine is pathology.. sbb bljr ttg penyakit.

Hinggalah suatu hari tu, sy buka fb, diizinkan oleh Allah, terbaca post dr seorang sahabat rapatku.

" sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan"
(Al-Insyirah ayat 5)

Ringkas tetapi sgt padat maknanya. Ayat ni diulang sekali lagi dalam al-Quran pada ayat yang ke-6. Menunjukkan penegasan.
 TERSENTAP.

" kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengejar amal soleh yang lain)"
(Al-Insyirah ayat 7)

TERSENTAP LAGI

Call ayah pagi tadi, mengadu dengan ayah. Ayah pun bagi nasihat pun guna ayat ni.

TERSENTAP LAGI


Ya Allah..

Yakinlah setiap kesusahan yang Allah berikan kepada kita akan disertai dengan kemudahan.
Rasa termotivasi
SYUKUR
Jangan asyik mengeluh je.. buat yang terbaik lillahitaala.. pertolongan Allah sentiasa ada.
JOM TERUS BERUSAHA MENGEJAR AMAL SOLEH
BELAJAR DAN TERUS BELAJAR KERANA ALLAH hingga ke liang lahad.
NAK BERJAYA PERLUKAN PENGORBANAN.
UMAT ISLAM MESTI HEBAT.

semoga Allah redha.

 Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan dalam kehidupan ini. 

Sesungguhnya setiap ujian yang Allah berikan ialah cubitan kasih sayang dr Allah. Agar hambaNya yang LUPA kembali kepadanya. 

ni jadual 2nd examss yang bakal dilalui dengan material2 yang banyak.

physiology (lab) first 5/11 
anatomy (lab) mid 13/11
physiology (lab) second 18/11
anatomy second 20/11 
physiology second 22/11
pathology second 24/11
genetics second 29/11 
histology second 11/12

Ya Allah permudahkan urusanku dan sahabat-sahabatku. Berikanlah kami kefahaman dan hafazan yang baik.

Doakan kejayaan kami semua di sini.

" dan hanya Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon"
(Al-Insyirah ayat 8)




Saturday, June 2, 2012

Bangun Pagi


Kelebihan bangun pagi~


1. Boleh melaksanakan ibadah tepat waktu bagi yang muslim (sholat subuh).

2. Badan jadi lebih seger dan sihat, udara pagi yang sangat segar dan masih belum banyak mengandungi udara tercemar. Lebih baik jika lakukan senaman seperti jogging.

3. Waktu yang sesuai untuk berfikir. Sesuai untuk membaca buku kerana suasana yang tenang.

4. Meningkatkan produktiviti. Anda akan jadi lebih produktif jika bangun awal pagi. Boleh lakukan banyak hal tanpa mengejar waktu. Kerja yang tertunda pada malam tadi boleh diselesaikan dengan mudah dipagi hari

5. Boleh melakukan kegiatan tepat waktunya. Pada yang bekerja di pejabat tentunya bangun pagi sangat bermakna apa lagi bila anda antara orang yang awal sebelum jalan menjadi sesak.
Kepada yang masih bersekolah tentu pelbagai persediaan dan aktiviti boleh dilakukan sebelum mula kelas.



Indahnya manfaat bangun pagi


1. Tubuh Mendapat Nutrisi Penting

Dengan bangun pagi, waktu untuk sarapan pasti ada. Sarapan adalah bahan bakar bagi tubuh kita untuk melakukan berbagai aktifitas seharian. Kita pun memiliki waktu untuk menyiapkan sarapan yang sihat, lazat dan bergizi.

2. Tubuh melakukan olah gerak
Energi penuh akan kita dapatkan dengan melakukan olahraga di pagi hari. Tubuh akan memiliki tenaga dan merasa segar sehingga kita siap melakukan pekerjaan rutin.

3. Fikiran lebih tenang

Bangun pagi membuat kita memiliki banyak waktu sehingga kita tidak perlu tergesa-gesa dalam menyiapkan sesuatu. Tidak lewat pergi kerja. atau terhindar keadaan yang dapat membuat kita stres.

4. Tidur lebih berkualiti

Seperti diketahui dengan tidur yang cukup mampu mengurangi berbagai efek negatif pada wajah seperti penuaan dini atau kerutan. Dengan bangun pagi, irama pada tubuh akan menjadi stabil. ini secara tidak langsung akan memperbaiki kualitas tidur.


Kesan negatif, bangun lambat:


1. Masalah metabolisme

Jika Anda tidur terlalu lama, tubuh tidak akan berfungsi sesuai ritmenya. Anda akan merasa lapar dalam jangka waktu lama dan hal ini mempengaruhi kecepatan metabolisme.

2. Lesu

Tidur berlebihan akan membuat Anda merasa lesu. metabolisme Anda masih bekerja dalam 'set' malam hari. Tubuh membutuhkan waktu lebih lama untuk memulai sistem dan tidak dapat berfungsi normal.

Jika Anda benar-benar ingin tidur sedikit lebih lama, usahakan jangan lebih dari tiga puluh menit.

3. Kehilangan waktu produktif

pagi hari adalah waktu paling produktif karena fikiran Anda masih segar. Jika Anda tidur terlalu lama maka akan akhirnya kehilangan banyak waktu produktif dalam sehari. Sehingga, Anda harus menyelesaikan pekerjaan sampai larut malam dengan terburu-buru.

4. Disorientasi

Tidur terlalu lama membuat Anda sulit berkonsentrasi dalam waktu lama. Kecuali, setelah bangun tidur Anda langsung berolahraga. Lalu, karena metabolisme tidak berhenti otak akan membuat Anda merasa lapar.

5. Sakit kepala
Cairan serebrospinal bergerak ke otak ketika Anda tidur terlalu lama. Kondisi ini, jika berlangsung dalam waktu lama dapat menyebabkan sakit kepala parah dan bahkan menyebabkan kebutaan.



Sumber dari Info Kesihatan serta Kelebihan bangun awal~

Sunday, April 22, 2012

Guide Me All The Way



Artis: Maher Zain
Tajuk: Guide Me All The Way


I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Chorus:


Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do
I do forget that my last breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
Somy my last wish is for You to be pleased with me

Chorus:

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my hear
‘Cause soon I’ll have to leave it [X2]

Chorus: [X3]

Guide me all the way
Don’t let me go astray

Monday, April 9, 2012

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun. 

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah. 


3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam. 


4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan. 


5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 


6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. 


7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang. 


8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan. 


9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 


10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Saturday, February 11, 2012

TO BE BETTER THAN YESTERDAY!!!!

siap

teori nampak senang tp praktikalnya mcm mana???

tepuk dada tanya HATI dan IMAN

jom sama2 ke arah yg lebih baik...

ingatlah Tuhan itu dekat.. mohonlah kpdNya agar diberi kekuatan..

kita x ada apa2 selain drp pertolonganNya..

Ya Allah... permudahkanlah hambaMu yg lemah ini menuju jalan redhaMu...

muhasabah diri the MOST IMPORTANT to do in our daily life...

ambil masa 2 minute drp 24 jam kita utk muhasabah...

Marilah menjadi hamba yang TERBAIK untuk PENCIPTANYA...